Monday, July 20, 2009

tak setuju ppsmi dimansuhkan

salam w.b.t
Pada pendapat saya,ppsmi tidak patut dihapuskan sama sekali.hal ini demikian kerana menerusi pelaksanaan ppsmi,kita bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan pelajar-pelajar dalam bahasa inggeris bahkan juga menambahkan kosa kata dan terminologi dalam bidang sains dan teknologi.Kita sedia maklum bahawa dalam setiap aspek pendidikan dan bidangnnya,terdapat pelbagai kosa kata dan terminloginya yang tersendiri.Misalnya dalam subjek perakaunan dan undang-undang,terdapat banyak terminilogi yang digunakan dalam bahasa melayu akan mendatangkan masalah kepada pelajar apabila melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi iaitu universiti.Seperti yanbg kita semua sedia maklum,kebanyakan bahan rujukan yang digunakan di peringkat univrsiti dan kolej adalah dalam bahas inggeris.Justeru,adalah lebih baik sekianya daripada awal lagi kita menerapkan penggunaan bahasa inggeris dalam subjek-subjek tersebut sejak di peringkat sekolah menengah lagi.Dengan itu,pelajar tidak akan mnghadapi kesulitan dalam mengejar cita-cita mereka kelak.Saya bukanlah anak bangsa yang lupa pada babgsa dan bahasanya sendiri tetapi percayalah bahawa Melayu perlu berubah dari segi pemikiran yang berada di takuk lama kepada pemikian yang lebih global.Melayu perlu berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan bangsa dan negara maju yang lain supaya suatu hari nanti kita dapat merealisasikan misi menjadi negara pencipta(inventors) yang disegani..amin