Selamat sejahtera ke atas semua yang kala ini sedang menziarahi blog ini. Agak lama tidak meng-update blog ini kerana ketandusan idea.
Manusia memiliki pelbagai gaya berjalan baik lelaki mahupun wanita. Bingkisan kali ini akan membuka rahsia mengenal wanita melalui caranya berjalan...klik sini.
Sudahkah anda kenal pasti cara anda berjalan? Sudah tahu personaliti anda?
Boleh percaya ke fakta ini?
Pada hemat saya, apa yang dipaparkan itu berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar psikologi manusia. Sekadar kajian yang kebenarannya bukanlah 100% tepat kerana YANG KHALIK itu MAHA BIJAKSANA. Kajian ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda mengenali diri dan perwatakan masing-masing. Tujuannya adalah untuk memperbaiki diri dan hubungan sesama manusia. Mungkin selama ini ada antara kenalan anda yang kurang selesa bila berbicara dengan anda TETAPI anda buntu tidak tahu punca di mana silap anda. Nah, inilah panduan yang boleh diguna pakai.
Saya sendiri, bila membaca perwatakan diri berdasarkan kajian itu merasakan 80% benar berlaku dalam diri saya. Kini, saya lebih kenal dan faham siapa NURUL SHAFIKAH BINTI SULAIMAN itu...Alhamdulillah~
No comments:
Post a Comment