Thursday, September 30, 2010

Hidayah Milik-Nya



Salam alaik buat semua tetamu yang hadir di laman blog saya ini. Pertama-tamanya, saya ingin melahirkan lafaz syukur di atas segala nikmat yang diberikan Allah SWT kepada kita semua. Dan nikmat yang paling besar dan bernilai merupakan nikmat Iman dan Islam. Kita semua sedia maklum bahawa setiap insan yang dilahirkan dalam keluarga Islam mendapat keislaman secara percuma semulajadi. HIdup dalam keluarga Islam tanpa perlu mengucap dua kalimah syahadah saat pertama kali melihat dunia. Maka, bersyukur lah kita kepada-Nya.

Apa bezanya kita dengan muallaf? Anda tahukan siapa itu muallaf? Muallaf ialah saudara baru dalam Islam. Mereka datang dari latar belakang yang pelbagai. Berlainan bangsa dan yang pasti berlainan agama sebelum mendapat hidayah dari Allah SWT. Senario hari ini amat menyedihkan sekali. Mengapa? Kerana ramai yang Islam hanya pada nama sahaja. Apa yang hendak saya katakan di sini ialah tahap keimanan muallaf jauh lebih tinggi berbanding kita yang sudah lama memiliki iman ini. Hairan tak hairan...kerana kalau diikutkan secara logik sudah pastilah kita yang lebih beriman bberbandingnya. Anda setuju atau tidak? Tepuk dada tanyalah iman. Hal ini membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil dengan kuasa Allah SWT. Hidayah iu milik-Nya. Oleh itu, bisa saja mereka jauh lebih baik daripada kita. Rasulullah SAW menggambarkan iman umat Islam di akhir zaman umpama buih-buih di lautan. Astaghfirullah, betapa rapuhnya iman kita. Lihat saja pada diri kita sendiri, tidak perlu menuding jari ke arah orang lain untuk dijadikan contoh.

Apa yang paling penting dalam usaha memelihara iman ialah pemantapan akidah. Akidah mencakupi aspek kepercayaan kepada rukun Islam dan rukun Iman khususnya. Memelihara akidah adalah sangat penting kerana akidah yang memandu kita ke arah iman. Gejala ajaran sesat yang semakin berleluasa ini berpunca daripada terpesongnya akidah dek kerana goyah dan tidak teguh. Rukun Iman dan rukun Islam merupakan contoh yang mudah. Jika seorang hamba Allah itu menyatakan bahawa dia tidak percaya pada Al-quran, adakah dia sudah terpesong?? YA. Jika dia menyatakan bahawa solat secara perbuatan (fi'il) tidak wajib cukup sekadar berniat sahaja, terpesongkah akidahnya?? YA.



Seorang muallaf itu suci dan bersih seumpama bayi yang baru dilahirkan ke dunia ini. Putih bersih seperti burung di atas. SubhanaAllah.....Ada yang dulunya itu merupakan ketua paderi di gereja. Ada juga yang bergelar Sami suatu ketika dahulu. Dan hari ini, sudah ramai saintis kristian dan agama-agam lain yang berjaya menemui jalan Allah SWT..masyaAllah. Apa yang membuatkat saya kagum tentang mereka ialah cara mereka mengenal Islam itu sendiri. Mereka kebanyakannya mengkaji Al-Quran sedalam-dalamnya, tapi kita?? Hanya segelintir sahaja berbuat demikian. Oleh itu, tidak hairanlah jika Iman dan taqwa mereka jauh lebih tinggi berbanding kita. Saya juga insan biasa yang masih mencari diri saya. Siapa saya? Di manakah saya? Ke manakah saya?? Dan apa tujuan saya hidup? Persoalan-persoalan ini mungkin biasa saja bagi anda jika dilihat dari sudut pandangan manusia biasa. Akan tetapi jika dirungkai dari perspektif yang berbeza dan lebih mendalam, tentu sahaja jawapannya berbeza. Inilah yang menjadi penanda aras kematangan pemikiran seseorang insan. Jawapan-jawapan kepada persoalan itu pasti dapat anda perolehi kerana ia ada dalam hati anda.



Ada dua jalan di hadapan anda; menghala ke timur dan menghala ke barat. Anda tahu bahawa salah satu daripadanya akan membawa anda ke arah kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Pilihan berada di tangan anda. Anda yang menentukan perjalanan hidup anda. Ingatlah, kita tidak akan ditemani sesiapa pabila berada di alam barzakh melainkan malaikat Mungkar dan Nakir. Semuanya berganting pada amalan kita di dunia. Masih ada masa unuk kita mengubahnya selagi roh dan jasad bersatu dalam tubuh.

Fikir-fikirkan dan berubahlah a.s.a.p

No comments:

Post a Comment