Friday, October 15, 2010

Mawar berduri?


Salam semua. Salam 1Malaysia.

Mawar sangat sinonim dengan wanita, si dara, si gadis mahupun si ayu. Apatah lagi mawar merah.
Sering kita lihat si pria akan menghadiahkan sejambak mawar merah buat si gadis pujaan hatinya. Ya, merah warnanya. Sudah sangat biasa dan agak cliche senario ini bagi orang-orang yang hangat bercinta. Trend baru dalam percintaan orang muda hari ni ialah menghadiahkan coklat dan teddy bear. Ada juga yang agak berada memahkotakan emas berlian buat yang tersayang.

Well, pernahkah anda menerima apa-apa dari si jejaka? Jawab dalam hati saja okeh..hrmm.
Mengapa merah menjadi pilihan hati?
Kerana merah membawa makna romantisme si jejaka buat bakal teman hidupnya. Merah juga melambangkan perasaan cinta yang dalam. Pada saya, merah itu nampak garang dan juga berani, daring katanya. Ya, merah itu memikat.

Sekadar luahan dari si gadis...inilah ekspresi hatiku. Bagaimana dengan anda??

No comments:

Post a Comment